Thursday, June 24, 2010

7 kesilapan lazim dalam mengurus wang

JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.


Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya".

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman.

Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.

Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad.

Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan.

Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.

Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

· Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.

Mencari Idea Dan Peluang Perniagaan

by www.min.com.my

Definisi Peluang

Peluang ialah satu keadaan yang boleh memberi faedah atau membawa kejayaan kepada seseorang yang muncul atau diwujudkan untuk diambil segera. Peluang biasanya menghampiri seseorang itu dalam keadaan yang samar-samar dan tidak pasti. Cuma seseorang yang cekap dan bersedia sahaja yang dapat mencekup peluang yang ujud di hadapannya. Peluang yang lambat direbut akan terlepas ke tangan orang lain.

Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat dikenalpasti dan diambil kesempatan untuk dimajukan. Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan barangan dalam pasaran tertentu bergantung kepada perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran yang meliputi suasana ekonomi, sosiobudaya, politik, undang-undang, teknologi dan tahap persaingan.

Ini ialah kerana faktor-faktor persekitaran mempengaruhi perubahan dalam permintaan pelanggan terhadap jenis barangan tertentu. Maka, proses memerhati dan meneliti perubahan dan arah aliran dalam faktor-faktor persekitaran sangat penting kepada seseorang usahawan untuk merebut peluang perniagaan dalam pasaran tertentu.

Yang dimaksudkan dengan peluang dalam pasaran ialah apabila masih terdapat ruang atau kesempatan untuk menawarkan barangan yang boleh memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan.

Terdapat dua situasi bagaimana peluang perniagaan boleh wujud dalam pasaran.

Situasi pertama ialah barangan yang sudah wujud dalam pasaran tetapi masih belum dapat memenuhi sepenuhnya permintaan dan citarasa daripada pelanggan. Ini mungkin disebabkan barangan kurang bermutu, kurang pilihan, harga yang tidak berpatutan, sukar diperolehi atau ciri yang kurang menarik.

Situasi kedua ialah pelanggan inginkan barangan yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka seperti alat yang boleh mempercepatkan proses menoreh getah, cecair yang boleh mengilatkan kereta tanpa banyak usaha atau perisian komputer untuk mempercepatkan kerja-kerja pejabat.

Mengenalpasti, mengkaji dan memilih peluang perniagaan bukan suatu perkara yang mudah. Ia dianggap sebagai satu langkah bagi seseorang usahawan dalam usaha untuk memulakan perniagaan.

Cara-cara Untuk Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Perniagaan bergantung kepada manusia dan aktivitinya. Selagi ada aktiviti-aktiviti ini, selagi itulah ada peluang-peluang perniagaan. Bukannya mudah untuk mengenal pasti peluang perniagaan, semua jenis perniagaan yang hendak kita lakukan, kebanyakkannya telah dijalankan oleh orang lain. Oleh yang demikian, kita takut menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana kita tidak dapat mengenal pasti peluang perniagaan. Tetapi peluang ini terdapat pada seseorang yang mempunyai sifat-sifat keusahawanan.

Semua jenis perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada DAYA PEMIKIRAN. Berikut disenaraikan beberapa cara yang usahawan-usahawan gunakan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.

i. Daya Fikiran

Gunakan daya fikiran untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang dilihat, supaya ia dijadikan barang perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan daya pemikiran untuk membayangkan sesuatu yang boleh menimbulkan keuntungan. Dengan lain perkataan, kebolehan imaginasi untuk menimbulkan perkara atau barang baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpullah beramai-ramai dan adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan idea baru.

ii. Melalui Masalah Yang Ada

Segala aktiviti-aktiviti manusia mesti menempuhi masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal berkenaan dengan kehidupan manusia mesti menempuhi masalah. Walaupun sekarang zaman sains dan teknologi moden, manusia tetap mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak mempunyai masalah. Jadi dengan masalah-masalah ini, kita boleh menukarkannya menjadi punca masalah. Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala.

iii. Melalui Keperluan Manusia

Sememangnya kehidupan manusia, tidak kira apa bangsa memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Manusia perlu makan dan minum, perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan serta keselamatan. Keperluan-keperluan ini biasanya berterusan tanpa berhenti selagi seseorang itu masih hidup. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia, usahawan terpaksa memikirkan barangan-barangan dan perkhidmatan yang baru untuk memuaskan hati manusia. Keperluan kepuasan hidup memang luas, boleh dikatakan dari segi makanan, keselamatan, kewangan, hiburan, pakaian dan lain-lain. Keperluan semulajadi manusia telah menimbulkan beberapa jenis barangan seperti radio, televisyen dan telefon.

iv. Mengkaji Selidik Barang Yang Ada

Barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada sekarang merupakan daya cipta, dan ubahan usahawan dahulu supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Tetapi oleh kerana aktiviti penghidupan manusia terus berubah, barangan yang ada sekarang juga perlu diubah dan dikaji selidik.Pengubahan kepada barangan yang ada dan rekaan barang-barang baru untuk barang-barang yang ada akan menampakkan bahawa barang itu barangan baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya.

v.Meneliti Permintaan Pasaran

Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke semasa. Misalnya, pisang emas dan manggis untuk dieksport ke Jepun. Pucuk asparagus untuk dieksport ke Amerika Syarikat. Dalam segi perkhidmatan perniagaan, permintaan pengguna mewujudkan pasar tani dan pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan.

vi. Meneliti Perkembangan Ekonomi Dan Pembangunan Negara

Ekonomi negara juga berubah dari semasa ke semasa. Projek-projek pembangunan juga ada dari semasa ke semasa. Dengan adanya aktiviti ini, usahawan dapat mengenal pasti di mana projek-projek ini akan diadakan dan bagaimana kita boleh mencebur diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya apabila ada rancangan Pembangunan Bandar Sungai Buluh, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya, dan peniaga-peniaga lain berebut-berebut membeli tanah di Sungai Buluh. Sehubungan dengan rancangan ini, banyak projek-projek perumahan telah didirikan sebagai mengambil langkah merebut peluang perniagaan. Jika ada pembangunan dan projek baru, akan ada juga peluang pembangunan yang baru.

vii.Melalui Pergaulan Harian

Perhubungan dan pergaulan harian kita dapat memberi peluang perniagaan kepada kita. Dengan cara mengumpulkan maklumat-maklumat yang diberi, mungkin ia dapat diubah kepada satu perniagaan dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang perniagaan. Misalnya jika kita bergaul dengan pengurus bank, sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang kita bincangkan bersama dapat dijadikan perniagaan. Lihat apa yang diusahakan oleh rakan-rakan kita. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang di sekeliling kita, proseskan, maklumat ini sebagai sumber perniagaan.

viii.Melalui Bacaan

Segala idea-idea baru yang diketahui oleh orang ramai melalui bacaan. Segala teknologi baru yang akan dikeluarkan biasanya disiarkan di suratkhabar atau di majalah. Jadi sebagai bakal usahawan, seseorang itu mestilah cepat mendapat maklumat-maklumat ini dan bertindak segera sebelum diketahui orang lain. Peluang-peluang perniagaan banyak terdapat di suratkhabar tetapi orang ramai tidak dapat mengenal pastinya sama ada ianya peluang perniagaan. Hanya orang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan. Misalnya, suratkhabar dan majalah selalu mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa kita kepada peredaran pasaran, pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.

ix. Melalui Kemahiran Yang Ada

Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan atau kemahiran ini boleh mereka jadikan barang-barang baru untuk dijual. Contohnya, tukang-tukang besi yang membuat pagar-pagar besi dan rekabentuk daripada besi. Ahli senireka yang membuat barang seni yang dijualkan di pasaran dan pelukis-pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik sesuai untuknya berniaga sebagai juruelektrik dan pemasangannya. Sesiapa yang banyak pengetahuannya boleh menjual pengetahuannya untuk ceramah, seminar dan lain-lain kursus. Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang perniagaan.

Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual

by Maslan Omar

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda.

Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.

Tanyakan soalan ini: "Berapa banyak Encik Ahmad hendak?" sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka.

Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.

Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.

Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.

Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.

Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti testimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda, yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memang berminat dengan produk anda.

16 Tips Usahaniaga Kaum Cina

by Tao Zhu Gong
  1. Berniaga mestilah rajin, jika tidak ianya tidak menjadi.
  2. Belanja mesti jimat, jika tidak putus modal.
  3. Sambut pelanggan dengan senyum, jika tidak pelanggan lari.
  4. Masa sentiasa terbuka, jika tidak hilang peluang.
  5. Harga perlu berpatutan, jika tidak timbul pergaduhan.
  6. Memberi hutang perlu kenal orangnya, jika tidak hilang modal.
  7. Akaun perlu semak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal.
  8. Beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak ianya tidak teratur.
  9. Barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah-sarap.
  10. Beri arahan pekerja ikut peraturan, jika tidak makan diri.
  11. Barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya.
  12. Tempoh waktu tidak boleh lewat, jika tidak hilang kepercayaan.
  13. Harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak timbul penyelewengan.
  14. Keluar masuk tunai perlu teliti , jika tidak bertindih kesilapan.
  15. Menghadapi masalah perlu diselesaikan segera dengan baik, jika tidak mudarat diri.
  16. Niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa.

Aduhai Kad Kredit!

Tip kali ini daripada segmen saya di WW-Bersama Irfan Khairi hari ini di Astro Awani. Saya memberi beberapa tip mengenai Kad Kredit! Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah :)

ww1.jpgRamai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

ww2.jpgJadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! :)

Wednesday, June 23, 2010

Tip Penggunaan Kad Kredit

(dipetik dari http://berita-harian-online.com)
15/7

Penggunaan kredit kad memang seronok bagi mereka yang suka enjoy tetapi sebenarnya kredit kad nie ada bahayanya kalau tersalah guna. Kredit kad boleh dianggap ALONG sekiranya hendak definasikan secara bahasa kasar.

Mengikut analisa bank, interest yang dikenakan oleh bank untuk setahun sebenarnya 18% (1.5% interest bulanan x 12 bulan). Ini bermakna pengguna kad kredit secara tidak langsung telah terjebak di dalam permasalahan hutang. Ini adalah kerana rata-rata rakyat malaysia kebanyakkannya akan membuat pembayaran minimum setiap bulan.

Katakan kredit limit anda RM 4,000. Sekiranya anda membayar secara minimum tahukah anda mengikut pengiraan untuk anda habis tempoh untuk membuat pembayaran kad berkenaan adalah dalam tempoh 10-20 tahun.

Anda sebenarnya telah terjebak di dalam kancah ‘ALONG TERHORMAT’. Bagaimana anda hendak langsaikan hutang kredit kad anda dengan cepat. Mengikut pakar kredit kad, rata-rata pemilik kredit kad akan memegang sekurang-kurangnya 2 – 4 kredit kad di dalam simpanan mereka. Katakanlah semua kredit limit adalah RM4000.00 ini bermakna anda telah berhutang sebanyak RM10K – RM 20K. Apa anda harus buat sekiranya ini terjadi pada anda.

STEP 1.
Kenalpasti kad yang mana satu telah mencapai imbuhan hutang yang paling banyak. Contoh Citibank (RM3987.00), RHB (RM4000.00), HSBC (RM3576), Maybank (RM3209).

STEP 2.
Pastikan anda sediakan jumlah pembayaran dalam sebulan sekurang-kurangnya RM 1000 – RM 2000.

STEP 3.
Buat pembayaran semaksimum yang boleh pada kad yang nilaian kreditnya yang tertinggi. Contohnya RHB (credit limit RM4000.00) buat bayaran sekurang-kurangya RM 1000.00. Kad kedua, ketiga dan keempat tertinggi anda bayar minimum.

STEP 4.
Langsaikan hutang pada kad berkenaan sehingga credit limitnya mencapai angka RM0.00. Kemudian tumpukan kepada kad kedua, ketiga dan keempat.

STEP 5.
Jangan sesekali anda menggunakan kredit kad yang telah dilangsaikan hutangnya. Pastikan tumpuan anda untuk melangsaikan hutang kad yang lain.

STEP 6.
Kawal nafsu anda untuk mengatakan TIDAK KEPADA KREDIT ANDA

STEP 7.
Anda akan tersenyum setelah semua hutang anda dilangsaikan. Itulah step terakhir anda. Anda bebas daripada cengkaman ALONG TERHORMAT.

Mengikut pengiraan, sekiranya anda melaksanakan step di atas insyallah hutang anda semua akan dapat diselesaikan di dalam tempoh 1 1/2 tahun sahaja.

Oleh yang demikian, berbelanjalah mengikut kemampuan bukan mengikut nafsu serakah..

Berwaspada Dengan Kos Tersembunyi

(dipetik dari http://www.ehomemakers.net)

Membelanjakan wang memang mudah, tetapi bukan mudah membelanjakan wang dengan bijak. Cara yang terbaik ialah dengan berbelanja mengikut perancangan yang teliti supaya tidak membazir pada perkara-perkara yang tidak perlu. Walau bagaimana ketat sekalipun seseorang itu membuat belanjawan harian, kadang kala berlaku juga kesilapan. Sebabnya ialah: kos tersembunyi tidak diambil kira semasa belanjawan dirancang.

Setiap orang mempunyai belanjawan untuk dirancang dan dijalankan. Malah murid-murid sekolah juga harus belajar membelanjakan duit poket mereka dengan bijak! Apabila umur kita semakin meningkat, belanjawan kita menjadi semakin rumit kerana lebih banyak perkara harus ditambah. Secara amnya, seorang dewasa yang bekerja terpaksa menanggung bayaran sewa-beli kereta, rumah, perbelanjaan harian, simpanan masa depan dan sebagainya. Anda mungkin berfikir bahawa dengan perancangan kewangan yang teliti selama bertahun-tahun, kita sepatutnya telah biasa dan dapat melakukannya dengan mudah. Malangnya, agak mengejutkan bahawa kebanyakan perbelanjaan kita masih lagi menyimpang sebanyak 20 peratus dari belanjawan yang dibuat.

Ini berlaku akibat kos tersembunyi yang tidak diambil kira di dalam belanjawan. Kos tersembunyi adalah perbelanjaan yang kita tidak kira semasa kita merancang belanjawan kerana ia kelihatan tidak penting. Walau bagaimanapun, perkara-perkara kecil ini akan terkumpul dan mengakibatkan perbelanjaan sebenar kita lebih tinggi daripada belanjawaan. Malah, kadang kala kos tersembunyi ini boleh jadi begitu besar sehingga meliputi sebahagian besar daripada perbelanjaan kita.

Berikut adalah lima situasi yang melibatkan kos tersembunyi:

Situasi 1

Saya menerima RM1,000 daripada suami saya untuk membeli barang keperluan harian dan untuk perbelanjaan harian anak-anak. Saya memperuntukkan RM500 untuk makanan dan selebihnya digunakan untuk perbelanjaan anak-anak.

Kos tersembunyi wujud apabila saya terlebih berbelanja semasa membeli barang keperluan harian setiap minggu. Saya membeli barang-barang yang tidak terdapat dalam senarai kerana terpengaruh dengan promosi istimewa yang diadakan. Akhirnya, saya telah berbelanja lebih daripada yang dirancang.

Sejak itu, saya mula sedar dan lebih berhati-hati. Sebelum membeli sesuatu barang yang tiada dalam senarai, saya akan bertanya tiga soalan: Adakah ia perlu? Adakah saya benar-benar mampu? Apakah akibatnya jika saya tetap membeli barang tersebut?

Situasi 2

Lily memulakan perniagaan dari rumah dengan modal sebanyak RM5,000. Dia menyenaraikan perbelanjaan pokok sebagai komputer, mesin pencetak dan talian telefon. Bagi perbelanjaan operasi pula termasuklah alat tulis, telefon dan bil elektrik. Perbelanjaan pokok dan perbelanjaan operasi kesemuanya berjumlah RM5,000. Adakah ini betul? Tidak, kerana dia tidak mengira kos tersembunyi seperti kos perjalanan untuk membeli alat tulis dan membayar bil. Dia juga tidak mengambil kira kos penyelenggaraan peralatan seperti komputer.

Situasi 3

Jason memperuntukkan RM500 untuk pergi bercuti. Semasa bercuti, dia mengalami keracunan makanan dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama dua hari. Di sana, dia membuat panggilan jarak jauh kepada keluarganya untuk memberitahu mereka bahawa dia terpaksa tinggal di sana selama satu hari lagi kerana keadaan kesihatannya. Dia juga terpaksa melepaskan tiket keretapinya dan membeli tiket lain. Kos tersembunyi akibat jatuh sakit dan akibat dari penyakit itu sahaja berjumlah RM600!

Situasi 4

Mei Lee pergi membeli-belah. Pulang ke rumah, dia mendapati ruang almarinya tidak cukup untuk menyimpan kesemua baju-baju barunya. Oleh itu dia pergi membeli sebuah almari kayu kecil. Malangnya, almari itu tidak seimbang kerana salah satu kakinya lebih pendek daripada yang lain. Justeru itu, dia memanggil tukang kayu untuk menyelesaikan masalah ini. Kos tersembunyi yang terlibat -- membeli almari baru dan membayar tukang kayu -- berjumlah lebih daripada harga baju-baju barunya.

Situasi 5

Ai Ling mahu membeli kereta terpakai. Dia telah memperuntukkan tidak lebih daripada RM10,000 untuk itu. Semasa pergi ke kedai kereta terpakai, dia terpikat pada sebuah kereta yang berharga RM10,000. Adakah ini langkah yang bijak? Tidak, kerana dia tidak memperuntukkan apa-apa untuk penyelenggaraan kereta, cukai jalan dan insuran kereta.

Dalam beberapa situasi tertentu, agak mudah untuk mengenalpasti kos tersembunyi ini. Malangnya situasi ini jarang berlaku. Dengan membuat perancangan yang teliti, anda boleh berjimat dan menyimpan. Beri keutamaan kepada keperluan dan perbelanjaan asas termasuk sewa rumah, utiliti, makanan, perjalanan dan perbelanjaan untuk anak-anak. Kemudian belanjalah sebahagian daripada wang yang anda perolehi untuk berehat dan berekreasi seperti bersenam, pergi bercuti, berhibur dan makan di luar. Sebahagian daripada wang anda perlu disimpan untuk masa kecemasan seperti kesihatan dan bayaran-bayaran yang tidak dijangka.

Kesimpulannya, jangan lupa mengambil kira perbelanjaan-perbelanjaan kecil semasa anda merancang belanjawan anda. Jangan lupa merancang untuk masa-masa kecemasan dan perbelanjaan yang tidak dijangka. Kos tersembunyi bukan sahaja akan menggunakan banyak wang, tetapi juga masa dan tenaga. Akhir sekali, ingatlah bahawa sedikit ekstravaganza akan mendatangkan lebih banyak senyuman.

Panduan Menggunakan Kad Kredit

by www.bharian.com.my

PADA musim perayaan ini, kita sering terjurus kepada berbelanja lebih dengan alasan menyambut hari keraian yang datang setahun sekali. Biasaannya, perbelanjaan tidak dapat ditampung oleh pendapatan bulanan mahupun wang tabungan.
Oleh itu, ikhtiar terakhir ialah dengan menggunakan kad kredit. Syarikat kad kredit sebenarnya menggalakkan anda berhutang, lebih-lebih lagi dengan membayar ansuran setiap bulan kerana mereka mendapat keuntungan dengan mengaut faedah yang dikenakan.

Walaupun kita mengimpikan kehidupan tanpa kad kredit, tetapi sememangnya kegunaan kad kredit tidak boleh dipertikaikan kepentingannya. Lebih-lebih lagi di saat kecemasan. Oleh itu adalah wajar untuk kita mempunyai satu kad kredit. Malangnya, kebanyakan kita mempunyai lebih dari satu dan lebih malang lagi apabila hanya segelintir yang dapat melangsaikan hutang dalam masa ditetapkan.
Oleh itu, siri kali ini akan mengupas peraturan kad kredit yang mesti dipatuhi seandainya anda ingin menang di dalam permainan ini.

Peraturan kad kredit:

Peraturan 1
Jangan bawa baki bulan ini ke bulan hadapan.
Peraturan pertama yang mesti anda patuhi ialah jangan membawa baki bayaran bulan ini ke bulan berikutnya. Mempunyai baki bayaran hanya bermakna anda terpaksa membuat pembayaran lebih daripada sepatutnya. Sesungguhnya, kegagalan mematuhi peraturan 1 hanya akan menambahkan beban hutang.

Jadi tanyakan diri anda. Adakah anda seorang yang lazimnya mempunyai baki bulanan atau adakah anda membayar secara keseluruhan jumlah hutang? Jika anda bernasib baik, anda tergolong di dalam kategori kedua dan tidak terperangkap di dalam pembayaran faedah. Tetapi berlainan pula dengan mereka yang mempunyai baki hutang. Mereka sebenarnya terperangkap di dalam hutang yang semakin meningkat akibat kegagalan membayar.

Peraturan 2
Baca semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan. Pastikan anda membaca dan meneliti semua yang terkandung di dalam lampiran atau borang permohonan. Ini penting untuk anda melindungi diri sebagai pengguna. Pastikan anda mendapat penjelasan sewajarnya kepada setiap kemusykilan yang diutarakan.
Juga pastikan anda membaca dan meneliti semua bil yang sampai ke tangan anda.
Ini penting kerana anda pastinya tidak mahu terlepas daripada mengetahui sebarang perubahan polisi yang dikenakan ke atas kad kredit anda. Harus diingat, syarikat pengeluar kad kredit mempunyai kebebasan membuat sebarang pindaan dan lazimnya setiap perubahan akan efektif di dalam tempoh waktu yang singkat.

Peraturan 3
Elakkan denda bayaran lewat. Pastikan anda membayar hutang di dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kelewatan membayar hanya mengakibatkan anda terjerumus ke dalam hutang yang lebih banyak disebabkan jumlah yang meningkat setiap kali anda gagal melunaskannya.

Peraturan 4
Pertahankan hak anda sebagai pengguna. Jika anda mendapati syarikat pengeluar kad kredit gagal berfungsi dengan cekap, maka anda perlu segera membuat aduan. Di dalam persaingan pasaran yang sengit, mereka tidak boleh memandang ringan segala aduan yang diterima dan lazimnya, anda akan mendapat layanan sewajarnya.

Peraturan 5
Jangan tergesa-gesa membuat pilihan. Dewasa ini, amat banyak kad kredit yang ditawarkan di pasaran. Sebagai pengguna bijak, luangkan masa anda mencari kad yang menawarkan pilihan terbaik seperti tiada bayaran tahunan dan kadar faedah yang rendah. Tidak ada gunanya untuk anda terus menggunakan kad kredit yang mengenakan faedah tinggi dan mempunyai masa selamat yang singkat. Untuk mengetahui cara memilih kad kredit, sila rujuk siri terdahulu.

Peraturan 6
Berhenti menggunakan kad kredit. Akhir sekali, ini adalah peraturan yang jika dipatuhi, akan menghasilkan perubahan positif ke atas kedudukan kewangan anda. Individu yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik tidak akan menggunakan kad kredit untuk membuat pinjaman wang dan tidak akan membayar hutang untuk tempoh masa yang panjang dengan kadar faedah yang tinggi. Individu ini juga tidak akan membeli sesuatu di luar kemampuan. Malangnya, ramai di antara kita yang tertipu dengan anggapan bahawa kedudukan kewangan mereka terjamin selagi mampu membayar jumlah minimum setiap bulan. Secara asasnya, pastikan anda mempunyai satu kad kredit dan hanya gunakannya di waktu kecemasan.

Peraturan itu adalah panduan utama untuk anda menggunakan kad kredit. Antara lain bermakna, membebaskan diri anda daripada hutang yang tidak sepatutnya di samping bijak menggunakannya di waktu tertentu. Oleh itu, jika anda bersungguh mahu memenangi permainan ini, pastikan anda mematuhi peraturan disediakan.

Muslihat ayah minta duit

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ‘sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

“Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit… Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

“Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

“Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Walau bagaimana pun hubungan kita dgn ibubapa kita (baik atau buruk), asal-usul kita tetap daripada mereka!

PETIKAN : ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ (Pahrol Mohd Juoi)

Perlukah Anda Memiliki Kad Kredit?

by www.bharian.com.my

KAD kredit seakan menjadi ukuran kejayaan individu. Semakin banyak kad kredit yang dikumpul semakin tinggi pandangan rakan terhadap anda lebih-lebih lagi jika kad anda berwarna platinum! Semuanya kerana mereka beranggapan anda mempunyai kewangan yang stabil dan tidak mempunyai masalah memohon kad kredit dari mana-mana institusi kewangan.

Tapi benarkah begitu? Atau ia hanya membantu anda menambah hutang? Pernahkah anda memikirkan sebab sebenar anda memiliki kad kredit? Adakah kerana ianya suatu kemudahan? Suatu alat untuk kelihatan “cool”? Atau hanya kerana ingin mendapatkan barangan yang diberi percuma jika permohonan anda berjaya? Penulis mempunyai kenalan yang memohon kad kredit untuk mendapatkan barangan percuma!

Keputusan untuk memiliki kad kredit ataupun tidak sebenarnya bergantung kepada tujuan penggunaan dan bagaimana anda mengawalnya. Di bawah ini digariskan beberapa kebaikan dan keburukan mempunyai kad kredit. Diharap anda dapat menilai kedua-duanya sebelum mengisi borang permohonan kad kredit!

Kebaikan mempunyai kad kredit

  • Membeli barangan dengan mudah
    Anda kekurangan wang tunai di tangan? Jangan bimbang, kad kredit boleh membantu anda membeli barangan yang diingini tanpa perlu bersusah payah berbaris di bank untuk mengeluarkan wang di samping menjimatkan masa anda yang berharga.

  • Berhutang tanpa faedah
    Kad kredit membenarkan anda berhutang tanpa perlu membayar faedah. Kebanyakan institusi menawarkan kemudahan ini dari 25 hari ke sebulan untuk anda melangsaikan hutang sebelum faedah dikenakan.

  • Mendapat keselamatan tambahan
    Kad kredit juga menawarkan keselamatan tambahan seperti melindungi anda dengan insurans perjalanan jika anda membeli tiket kapal terbang menggunakan kad kredit berkenaan. Ia juga melindungi anda daripada kerugian harta benda jika barangan yang anda beli menggunakan kad kredit mengalami kerosakan atau kehilangan.

Keburukan mempunyai kad kredit

  • Berbelanja sewenangnya
    Kadangkala mempunyai kad kredit menggalakkan anda berbelanja kerana anda hanya perlu menurunkan tanda tangan untuk memperoleh sesuatu barangan! Selalunya menurunkan tanda tangan setiap kali membeli barangan akan menjadi amalan biasa dan tanpa sedar, anda berjaya mengumpul sejumlah hutang dan seterusnya terpikul dengan tanggungjawab membayarnya. Anda hanya akan menyedari perangkap ini bila anda bergantung kepada setiap sen yang ada untuk membayar bil bulanan atau anda terpaksa berjimat untuk membeli barangan yang diingini.

  • Terperangkap dalam faedah
    Anda juga mungkin terperangkap dalam pembayaran faedah yang sememangnya tinggi! Sesetengah syarikat kad kredit mengenakan faedah sebanyak lima belas peratus, malah ada yang tinggi daripada itu. Jika anda terus menerus mempunyai lebihan hutang kredit setiap bulan, akhirnya anda akan membayar hutang berkenaan lebih lama daripada sepatutnya, hanya disebabkan pembayaran faedah!

  • Pemalsuan kad kredit
    Setiap kali anda melakukan pembelian dengan kad kredit, setiap kali itu juga anda meletakkan diri anda dalam risiko terhadap gejala ini. Ini berlaku kerana tanpa disedari anda memberi maklumat sulit setiap kali kad kredit anda dibaca oleh mesin pemprosesan. Jika maklumat berkenaan jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, maka ianya boleh digunakan untuk membuat pembelian tanpa kebenaran. Akibatnya, anda terpaksa menanggung hutang pembelian yang anda tidak lakukan.
Kes seperti ini banyak kedengaran apatah lagi dengan pembelian kredit melalui internet. Tetapi, harus diingat! Insiden-insiden ini tidak seharusnya menghalang penggunaan kad kredit, baik secara konvensional mahupun “on-line”. Cuma, anda dinasihatkan berhati-hati setiap kali menggunakannya.

Rumusannya, keputusan untuk menjadi pemegang kad kredit ataupun tidak, bergantung kepada bagaimana anda menggunakan kemudahan kad kredit secara positif. Adalah lebih baik jika anda mampu mengelakkan diri daripada berhutang atau menetapkan kadar maksimum hutang yang anda mampu bayar. Bagi mereka yang berkeyakinan mempunyai disiplin mengawal diri dan mengelakkan diri daripada belenggu hutang, maka kad kredit adalah suatu pilihan yang menarik. Jadi pastikan anda mempunyai disiplin yang kuat mengawal perbelanjaan anda!

RAHSIA DAN TIPS KEWANGAN!!

Jaket Hitam (jaket hitam.com) nak kongsi RAHSIA dan TIPS KEWANGAN yang selama ini mungkin kita terlupa atau memang kita tak tahu mengenai kewangan walaupun kita tahu kewangan itu amat penting dalam kehidupan.
Petua nie simple ajer dan mungkin korang semua dah sedia maklum tapi jakethitam just nak ingatkan kembali..mungkin ada yang tertinggal selama ini.

1) buat catitan dan kajian setiap perbelanjaan kita setiap hari setiap minit dan setiap saat
. confirm korang kata jakethitam nie gilooo..tapi tu lah sebenarnya ibu segala -galanya kalau nak jadi kaya dan jutawan. apa yang diperlukan kat sini hanya lebih utamakan keperluan daipada kehendak kerana nafsu memang tak pernah PUAS. hehehehe...

2) Berjimat dengan memasak di rumah berbanding makan kat luar (KFC,RESTORAN, KOPITIAM, WARUNG, dan lain-lain yang sewaktu dengannya) sebelum keluar dari rumah/ bershopping sakan. sebab apa jika perut dah kenyang semua barang atau keinginan nak itu dan nak ini akan berkurangan dan sekaligus menjimatkan wang anda...hehehehe..betul tak. contoh bulan posa lerr..lepas berbuka..cuba pergi shopping kat pasaraya...confirm tak masuk ruangan makanan/roti.

3. waspada dengan mesin besi (MESIN ATM)
- jangan asyik nak cucuk jerr kat dalam mesin ATM tu...bukan apa..sekarang nie semua mesin ATM bank dah kenakan caj setiap kali pengeluaran. sekali kuar guna meps kena caj RM1.00 kalau seminggu 3 kali cucuk, sebulan dah berapa?? setahun??? kan rugi nama tu....

4. cuba libatkan pasangan anda dalam perancangan kewangan . (utk yang dah kawin yeaa....yang belum tu..pandai-pandai je lah). ambil langkah berbincang dengan pasangan anda tentang matlamat kewangan dan simpanan dan libatkan mereka bersama dalam penyediaan bajet bulanan keluarga.

5. Kurangkan hutang anda - pengurangkan perbelanjaan anda hanya kepada keperluan berdasarkan kemampuan kewangan diri anda adalah penting. umpama anda kurangkan gula, garam dan bahan perisa dalam setiap hidangan masakan anda.walaupun tak sedap tapi baik untuk kesihatan badan anda.. paham kan.... senaraikan semua bentuk pinjaman dan hutang anda berserta faedahnya sekali dan selesaikan terlebih dahulu hutang yang interestnya tinggi.

6. tetapkan simpanan secara automatik - dapatkan arahan tetap potongan secara automatik atau auto debit dari akaun simpanan (gaji) ke akaun unit amanah (asb / unit trust) tak pun beli emas 1 dinar kat jakethitam. mulakan dengan jumlah yang kecil dulu dan tingkatkan kalau dah mampu kemudian. kesan dia...fuhhhh..lu fikirlah sendiri...kui..kui..kui

7. bayar lebih daripada bayaran minima ansuran - jangan membayar pada kadar minima sahaja jika anda mempunyai pinjaman hutang jangka masa panjang tetapi bayarlah lebih sedikit dari yang ditetapkan oleh bank dan sebaiknya anda membayar setiap 2 kali sebulan. kesannya pinjaman anda akan tamat lebih awal. bab ini akan diciterkan dalam bab hartanah nanti.

8. lakukan sendiri - sedar atau tidak ramai antara kita yang tidak menyedari akan kebanyakkan perkara yang mereka bayar sesuatu perkhidmatan atau barang sebenarnya boleh dilakukan oleh mereka sendiri. contohnya makanan dan minuman. mengapa anda perlu minum di kedai sedangkan anda boleh membancuhnya sendiri? begitu juga dengan makanan dan perkhidmatan mencuci kereta. bukankah jika kita sendiri mencuci kereta sendiri kita dapat menyelamatkan RM10 atau lebih dan mempunyai kesihatan yang sihat?

so apa lagi ...tips dah didedahkan tapi jika anda hanya membaca dan tidak melakukan 8 perkara tersebut...anda akan terus gagal dalam kewangan... confirm...hehehe.....wassalam

Pelaburan Menggunakan OD

Kali ni nak kongsikan cara pelaburan dengan menggunakan overdraf (OD). Selalunya orang kaya jer yang tahu guna overdraf ni..Berikut adalah cara-caranya (dipetik dari laman www.jakethitam.com)

berikut diterangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi kaya....hehehehe

module pertama.... baca dan paham betul-betul.....tak paham..baca berulang kali....

1) pastikan anda mempunyai duit sebanyak RM12,000 (minima)

kalau tak cukup, buat pinjaman/ pinjam kat adik-beradik/ pinjam kat ayah/ pinjam kengkawan/ simpan sikit-sikit sampai cukup/ pinjam duit bini dulu/buat overlaped pinjaman/ refinance rumah, apa sahaja tapi jangan pulak mencuri atau merompak. kalau kena tangkap , jakethitam tak tau haaa..

2)Masukkan semua sekali duit yang ada ke dalam ASB, jangan tinggal satu sen pun.pergi ke PNB dan tukarkan duit dalam buku ASB tu ke sijil ASB. bawa sekali buku ASB.

3)lepas tu bawa sijil ASB tu ke bank (rhb bank) untuk buat od (overdraf facility).bank akan kasi 95% dari nilai sijil asb tu. proses kelulusan hanyalah seminggu sahaja dan duit akan masuk ke akaun semasa anda dalam tempoh 3 minggu selepas kelulusan.

4) dah lulus maka bank akan beri ATM card, DotCom card, Cheque book. maka bermulalah episod kekayaan anda...hehehehehe..kena pandai urus beb..pasal duit tu duit hutang........ setiap hari kalau pakai kena interest....

module kedua....

Jakethitam nak share pengiraan-pengiraan dan fungsi-fungsi OD ASB..
Salah satu tujuan utama OD ASB nie supaya kita boleh maksimumkan saving kita…. sebagai contoh, kata lah sebelum nie kita cuma saving ke dalam ASB RM300 sebulan tapi kalau guna kaedah OD ASB kita boleh gandakan saving sampai RM600.. tapi sebelum tue masing-masing kenalah tahu masing-masing punya tahap kewangan dan juga cashflow sebab setiap orang mempunyai cara perbelanjaan yang berbeza..

sebagai permulaan katakan kita ada duit simpanan

ASB = RM11000 (jumlah minimum nak memohon OD ASB)
Bank akan bagi 95% dari jumlah ASB 95% x RM11000 = RM10450

Sebelum ini katakanlah kita saving RM100 tiap-tiap bulan ke dalam ASB.. dari kaedah OD ASB nie kita cuba simpan dalam ASB kita RM200 tiap-tiap bulan.. jadi dalam 1 tahun kita akan simpan/guna RM2400, dividen ASB 8.5%. (nie contoh jer )

jadi pada tahun ke-2..

Kita dapat dividen pada jumlah simpanan yang memang ada RM11000 + dividen daripada yang kita simpan tiap-tiap bulan dari akaun OD ke dalam ASB RM2400 jadi jumlah dividen yang diperolehi adalah RM1139.. dividen yang kita dapat nie kita masukkan semula ke dalam akaun OD..

Ulang langkah2 tersebut setiap tahun dan kita akan lihat pada permulaannya baki akaun OD kita akan berkurang tapi lama-kelamaan baki tersebut akan bertambah semula sebab semakin banyak dividen yang kita dapat kerana simpanan kita semakin bertambah..

sebagai ringkasan untuk pengiraan tersebut:

ASB = RM11000 OD = 95% x RM11000 = RM10450 dividen 8.5%

tahun pertama jumlah OD yang digunakan = RM2400 baki OD = RM10450 - RM2400 = RM8050
tahun ke-2 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 = RM13400

awal tahun ke-2 kita akan memperolehi dividen ASB dividen ASB = 8.5% x (RM11000 + RM2400) = RM1139
keluarkan dividen tadi dan masukkan semula ke dalam akaun OD baki akaun OD = RM8050 + RM1139 = RM9189
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-2 = RM2400 setahun baki OD sekarang = RM9189 - RM2400 = RM6789

tahun ke-3 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 = RM15800 dividen ASB = 8.5% x 15800 = RM1343 baki akaun OD = RM6789 + RM1343 = RM8132 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-3 = RM2400 setahun baki OD = RM8132 – RM2400 = RM5732

tahun ke-4 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 = RM18200 dividen ASB = 8.5% x 18200 = RM1547 baki akaun OD = RM5732 + RM1587 = RM7279 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-4 = RM2400 setahun baki OD = RM7279 – RM2400 = RM4879

tahun ke-5 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM20600 dividen ASB = 8.5% x RM20600 = RM1751 baki akaun OD = RM4879 + RM1751 = RM6630 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-5 = RM2400 setahun baki OD = RM6630 – RM2400 = RM4230

tahun ke-6 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM23000 dividen ASB = 8.5% x RM23000 = RM1955 baki akaun OD = RM4230 + RM1955 = RM6185 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-6 = RM2400 setahun baki OD = RM6185 – RM2400 = RM3785

tahun ke-7 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM25400 dividen ASB = 8.5% x RM25400 = RM2159 baki akaun OD = RM3785 + RM2159 = RM5944 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-7 = RM2400 setahun baki OD = RM5944 – RM2400 = RM3544
so kat sini kita dah boleh nampak baki ASB kita pada tahun ke-7 dah ada RM25400.. bermakna kita dah pun berjaya menggandakan simpanan kita dalam masa 7 tahun tanpa usik perbelanjaan harian kita sebab duit yang digunakan adalah duit daripada akaun OD kita..
setiap tahun ulang balik kaedah yang sama..

tahun ke-8 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM27800 dividen ASB = 8.5% x RM27800 = RM2363 baki akaun OD = RM3544 + RM2363 = RM5907 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-8 = RM2400 setahun baki OD = RM5907 – RM2400 = RM3507

tahun ke-9 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM30200 dividen ASB = 8.5% x RM30200 = RM2567 baki akaun OD = RM3507 + RM2567 = RM6074 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-9 = RM2400 setahun baki OD = RM6074 – RM2400 = RM3674

tahun ke-10 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM32600 dividen ASB = 8.5% x RM32600 = RM2771 baki akaun OD = RM3674 + RM2771 = RM6445 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-10 = RM2400 setahun baki OD = RM6445 – RM2400 = RM4045

so kat sini kita nampak baki akaun OD dah mula menunjukkan pertambahan semula pada tahun ke-9, 10 dan seterusnya akan semakin bertambah..

untuk tahun-tahun seterusnya bolehlah cuba kira sendiri..

pada masa yang sama disebabkan kita guna OD ASB nie berdasarkan interest 6.75%, maka interest akan dikenakan sebanyak

RM2400 x 6.75% = RM162 setahun RM2400 x 6.75% / 12 = RM13.50 sebulan RM2400 x 6.75% / 365 = RM0.44 sehari

Bagaimana Nak Tambah Income Pasif

Seringkali kita dengar dan kita juga mengalami masalah gaji sikit atau income aktif yang kurang ataupun aliran tunai yang sikit berpunca daripada banyak berhutang.

Uruswang2010 ingin berkongsi cara untuk menambah pendapatan tambahan yakni income pasif melalui beberapa cara seperti berikut:-

1. Agen Insuran- income dapat 30% dari simpanan bulanan penyimpan selama 6 tahun.

2. Pelaburan Emas-harga emas sentiasa turun naik tapi sebenarnya naik lebih banyak.

3. Borong barangan dari China-barang² di China sangat murah bila dibeli borong dan jual balik di Malaysia dengan harga 5 kali ganda.

4. Agen Jual Kereta-ada member buat income bulanan sama banyak gajinya sebulan iaitu
RM2,000. Itu jika dibuat secara part time. Kalu full time, lebih lagi laa...

5. Pelaburan Hartanah-ramai jugak kaya dengan pelaburan hartanah sama ada beli dan jual, atau sewa dapat duit bulan².

Setakat ini dulu..Nanti saya akan kongsikan lagi...Sebenarnya banyak lubuk duit yang perlu kita teroka...tapi cuma kita yang tak mencari.

Salam Pengguna Kewangan...


Blog ini dimulakan untuk berkongsi mengenai pengurusan kewangan yang mana ramai di antara kita yang tidak tahu mengurus kewangan ataupun bagi menambah pengetahuan bagi yang memerlukan bagaimana cara untuk mengurus kewangan agar kewangan anda tidak terjejas.

Segala perkongsian adalah percuma dan segala komen dari pembaca, sila komen di bahagian komen ye...Sebarang komen diucapkan terima kasih.